Maklumat PEDi

Sejarah Pusat Internet Kg Baru Kuala Bikam

Sebelum tertubuhnya Pusat Internet 1Malaysia Kampung Baru Kuala Bikam, bangunan ini digunakan sebagai Pusat Komuniti BDD Kuala Bikam yang telah dirasmikan pada 17 Jun 2012 oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu itu ialah YB Dato’ Seri Chor Chee Heung. Tujuan wujudnya projek ini adalah bagi merapatkan jurang digital bertujuan meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat miskin bandar melalui agenda komunkikasi teknologi maklumat (ICT). Walaubagaimanapun, Pusat Komuniti BDD ini tidak dapat diteruskan dan selepas itu digantikan dengan Pusat Internet 1Malaysia yang juga mempunyai objektif dan matlamat iaitu untuk merapatkan jurang digital di kawasan ini.

 

Gambar sebelum diubahsuai menjadi Pusat Internet 1Malaysia

Gambar sewaktu proses pengubahsuaian dilakukan

Gambar Terbaru Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Kuala Bikam,Bidor