Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / USAHAWAN Q3 2020 (JUL – SEP)

USAHAWAN PERNIAGAAN ONLINE NORERNIE 

NAMA     : NORERNIE ARNANI BINTI SARAZUDIN
UMUR    : 21 TAHUN
AHLI       : 2020

 

Latar belakang

Cik Ernie menetap di Kampung Rahmat Changkat Sulaiman. Beliau mula berniaga sejak berusia 18 tahun dan menjual ayam goreng keju ala Korea. Perniagaan beliau mendapat sambutan yang baik dan mendapat sokongan penuh daripada seisi keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Sambutan agak kurang memberangsangkan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baru Kuala Bikam, kini perniagaan beliau semakin maju dan orang ramai tidak putus-putus membeli ayam goreng keju beliau.

 

   

Ayam goreng keju yang dijual oleh Cik Ernie mempunyai pelbagai jenis seperti kurang pedas, pedas atau lebih pedas.

 

Cik Ernie sering mengikut kelas Keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet Kg Baru Kuala Bikam.

 

Cik Ernie dengan produk ayam goreng keju beliau semasa mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan baru-baru ini. Cik Ernie juga tidak terlepas untuk menyertai pertandingan usahawan online 2020 yang dianjurkan oleh Pusat Internet Malaysia. Beliau memilih untuk menggunakan aplikasi Yezza untuk memantau perkembangan perniagaan beliau.