Produk Tempatan

Gerai Buah-Buahan Kuala Bikam, Bidor

Kesan positif ekonomi kepada penduduk dan peniaga Kuala Bikam setelah Jalan Kuala Bikam – Sungkai telah siap dibina. Sudah banyak gerai dan khemah buah-buahan didirikan di tepian jalan.

Kepada yang ingin mendapatkan buah-buahan tempatan yang segar boleh datang ke Kampung Kuala Bikam,Bidor. Harga yang berpatutan dan buah yang segar dipetik terus dari kebun-kebun petani disekitar ini.